Tamim bin Hamad Al Thani
Tamim bin Hamad Al Thani

Tamim bin Hamad Al Thani

Syeikh Tamim bin Hamad bin Khalifa Al-Thani (Bahasa Arab: الشيخ تميم بن حمد آل ثاني‎; lahir 3 Jun 1980) ialah Amir Qatar kini. Baginda merupakan putera keempat amir sebelumnya, Syeikh Hamad bin Khalifa. Baginda menjadi Amir pada 25 Jun 2013, selepas ayahandanya turun takhta.[1] Sebelum ini, Syeikh Tamim memegang pelbagai jawatan kerajaan dalam Qatar dan juga mempromosikan Qatar di peringkat antarabangsa melalui sukan.